Wednesday, March 23, 2011

Kamu dan dia?

Aku lihat kamu sahabatku, tetapi aku lihat dia temanku.
Aku lihat kamu temanku, tetapi aku lihat dia kekasihku.
Aku lihat kamu kekasihku, tetapi aku lihat dia suamiku.

Hidup ini indah bersama kamu, tetapi hidup ini bahagia bersama dia.
Hidup ini bahagia bersama kamu, tetapi hidup ini sempurna bersama dia.
Hidup ini mungkin sempurna bersama kamu, tetapi hidup ini perlukan dia.

Ini keputusannya. Aku mahu dia.

Sunday, February 27, 2011

Keropok lekor dan pencicah

Keropok lekor terengganu akan sentiasa menjadi keropok lekor terbaik tempatan. Apatah lagi apabila dicicah dengan pencicahnya sendiri. Ummphhh! Tetapi, hanya apabila anda berada di Terengganu, atau buat tempahan dari kawan yang hendak pulang ke Terengganu atau anda pandai buat sendiri dari keropoknya sehinggalah ke pencicahnya. Yana....none of the above! hahaha.. Yana hanya tahu makan =P

Bukan hendak mengeluh, tetapi semua keropok lekor yang Yana makan di Selangor tidak dapat menandingi resepi 'hak cipta terpelihara' keropok terengganu. Sedih. Depressed! hahaha... 

Dalam 30 gerai keropok lekor yang Yana dah terjah, satu je yang sedap tetapi tanpa pencicah yang diinginkan. Depressed sekali lagi. Hahaha.. 
Ada gerai yang punya pencicah yang sedap tetapi tanpa keropok yang benar-benar punya rasa asli keropok Terengganu.

Baiklah, kita mula kisah manusia pula. Mari mula dengan
"If you love someone, you have to embrace both of his good and bad side"
Benar idiom itu. 

Sekiranya kita punya hubungan dengan sesiapa saja, kita tidak punya pilihan tetapi cuba untuk menerima kelemahan yang ada pada seseorang itu. Contohnya sahabat. Sahabat yang kita ada sekarang mungkin membuatkan kita mengeluh, merungut dan memendam rasa. Jangan lupa, hanya Rasul kita sahaja yang maksum. Ingat kembali perkara-perkara positif dan baik yang membuatkan anda dan dia bersahabat. 
Apatah lagi ummi dan ayah?.. Merekalah yang membesarkan kita. Mereka tahu kelemahan dan kekurangan kita tetapi mereka tetap sayang akan kita. Jangan pula kita leka dengan tidak menyayangi mereka seperti mereka menyayangi kita. Jangan lupa mereka di dalam doa. Jangan hanya ingat mahu didekatkan jodoh sahaja! =P

Hahaha....sebenarnya, Yana nasihati Yana sendiri! =P

Saturday, February 12, 2011

Terfikir


Ketika aku berjalan di sepanjang koridor, kelihatan banyak iklan mengenai perbincangan mengenai cinta terpampang di papan informasi. Gambar- gambar yang ditunjukkan juga berbentuk hati juga berwarna merah. Perasaan hairan melintas sejenak. Kemudian baru aku tersedar bahawa bulan ini merupakan bulan Februari dimana sebahagian manusia di bumi ini akan meraikan Hari Valentine. Hari dimana pasangan kekasih meraikan cinta mereka secara istimewa.

Bagi aku, cinta perlu diraikan setiap hari. Bukan pada hari tertentu. Si suami mengucup dahi si isteri sebelum melangkah keluar untuk bekerja juga menandakan cinta mereka dirai. Si kakak mencuba sedaya upaya untuk masak masakan yang enak dan berkhasiat untuk adik-adiknya juga menandakan cinta mereka dirai. Si sahabat cuba menjaga perasaan sahabatnya yang lain agar tidak terguris juga menandakan cinta mereka dirai. Mengapa perlunya hari yang istimewa untuk meraikan cinta?  

Barangkali ada yang terlupa tentang bagaimana indahnya cinta. Tentang bagaimana cinta perlu dijaga, dibaja dan dirai..hari-hari.

Cinta bukan sahaja termaktub pada pasangan kekasih. Cinta itu terbentuk dan dapat dirasakan dalam mana-mana perhubungan. Ibu, Ayah, Adik, Kakak, Sahabat, Kucing.... Mereka semua merupakan cinta.

 Bakal melangkah 21 tidak lama lagi. Sekiranya punya kesempatan, Ibu akan hebah seantero dunia bahawa aku akan menikah dua tahun lagi. Lucu. Ibuku selalu optimis tentang tahun pernikahan aku, sedangkan aku masih  tidak matang memikirkan tentang jodoh. Seandainya aku akan menikahi jodoh ku dua tahun lagi, aku redha. Doa ibu selalu termakbul. Doa ibulah yang terbaik untukku. Aku redha dengan segala ketentuaNya.

Aku perlu sukses di dalam pelajaran. Aku perlu belajar berjalan di atas kaki sendiri sebelum aku mengajar anak-anakku berjalan. Aku tidak mahu menjadi ibu ketam. Aku mahu menjadi ibu yang terbaik, malah lebih baik dari ibuku sendiri.

Aku perlu balajar untuk hidup. Aku perlu tahu mana pahit, mana manisnya kehidupan sebelum hidupku ku kongsi selamanya bersama si suami. 

Aku mahu dan perlu berpengetahuan luas. Bijak membezakan realiti dan fantasi. Sentiasa befikiran kreatif dan kritis. Suatu hari nanti, akan ada si kecil yang akan menjadikan aku idolanya (InsyaAllah) Lantas, aku mahu menjadi contoh yang terbaik.


Suasana sepi tidak tidak sesepi yang disangka apabila minda ku bingit dengan pelbagai persooalan. Mulut yang terkatup rapat tidak menandakan apa yang tersirat di hati. Aku gemar berada di dalam air. Aku bisa terbang di dalam air. Aku tidak akan dapat mendengar apa-apa kecuali degupan jantung ku sendiri. Aku tidak akan dapat melihat apa-apa kecuali biru. Tatkala terapung, juga kulihat biru. Tenang. Allahuakbar. Sungguh menakjubkan ciptaan tuhan.

Wahai masa depan yang tidak terjangka perjalananya, bimbinglah aku menjadi lebih baik. Jangan tersenyum melihat aku menderita kerana aku akan gagah menentang. Biar hidup ini menjadi percaturan yang berguna. 



Friday, February 4, 2011

A week of holidaying!

Shopping, baking, cooking, housekeeping, televisioning and sleeping!
Hahaha..see..im fully booked even when i am holidaying. Didn't open any academic books, only recipe books are being revised all day long =P


Chocolate cupcakes with Ganache


Apple pie


Pineapple pie tart

Cupcakes, pie and tart as shown above was baked during the holiday. The above apple pie was my first attempt on pie. It turned out pretty good. The filling tasted like McDonald's. But, the crust was lacking on salt cause instead of using butter, i use vege shortening due to my laziness to go for butter shopping. Nevertheles, ayah likes it. He is an apple pie lover. So, when he gave the two thumbs up sign...it means..my 1st attempt apple pie was awesome! Alhamdulillah.

Pineapple pie tart happened when ummi wanted pineapple tart with the apple pie crust. A big NO..NO..for me coz they didn't have the chemistry of producing the buttery salty sweet pineapple tart taste. So, next time, im gonna stick on my old way of baking pineapple tart.

Last but not least, i baked the above cupcakes the night before i went back to UIA!. I add extra dark chocolate in the process of making the ganache. It turned out super awesome!. I love the bittersweet taste of it! The cake was ok. Need a bit of improvement on the taste coz the texture was good but the taste was a bit boring. Maybe i should add a lill of lemon/orange zest in it. BUT, the super awesome ganache back it all up! YEY! 

wokey! that's all for now!..

Saturday, January 22, 2011

The dark inside

Sometimes things happened not because of your wrong turn or wrong decision. Sometimes things happened simply because it is meant to happen. God wills it to happen. Trust Him and have faith on Him. Never give up because you never know what lies ahead. You might feel weak on the inside but believe in yourself that you will be stronger.


Something happened today. It sparks back everything that I’ve tried to forget. Yep, time will ease away your pain. But, it is just a matter of time that the same pain will play a trick on you and say “Hye! Remember me?” As usual, I will have to sort this out by myself.

My tears are screaming to be let out. But, for no slightest reason I hold them back. I have to be the strongest. Cry won’t solve anything.

I’ve texted someone to share at least something. But I just couldn’t tell him a single thing. Maybe because I figure out that no one can truly understand what I’m going through. Or maybe I don’t want them to feel the same pain that I felt. Or simply maybe I never share anything with anyone.

Oh Gosh..stop being pathetic!.

I’ve train myself to let go of any unwanted things and act like it had never happened. Take whatever necessary, and then throw everything else with the wind. I’ve train myself well. Time will ease away the pain. I just have to stay strong. Act normal.

Deep inside, I need someone to hug me, kiss me on my cheek and say “Shhh..don’t cry. Everything will be just fine”...

Wednesday, December 29, 2010

Tutorial classes + New subjects + 2011

Tutorial classes are indeed helpful! Hahaha.. The revelation only came when I am in my 2nd year! Maybe it got stuck somewhere due to massive confusion of the true objective and mission of becoming a law student. It also took me the whole 1st year to realize on the importance of prior revision on the topic that is going to be discussed in class. This year, I’m introduced to whole new subjects. Interesting yet challenges everything that has been implemented in the neuron system of the brain. Criminal law, Islamic Criminal law, Constitutional law, Family law and Compulsory Moots… subjects to be nailed with flying colors by the end of the 2nd year.
I’ve been booked by books and music instrument since before the semester starts! I’ve insufficient time to spend it all for myself yet. Shopping is now at the very bottom of the ‘to do’ list. =_= I don’t have the appetite to choose willingly or spontaneously on what to eat cause there will always something bothering my whole system of mind which affected the “live to eat” part of the mind. I’ve been occupied by many other things that made the art of choosing “which menu to eat” to be neglected.  Whenever I went back home, there is always family functions to attend. Gosh. I’m exhausted.


Not going back this week. Have lots of incomplete task to be settled by the end of this week. +_+ No! The face should be like this.. ^_^ huhu….
Nampaknye I’m going to celebrate New Year’s Eve all by myself in the tiny little comfy room. Hahaha…Think of it, I shouldn’t be celebrating New Year cause it indicates I’m going to be a year older!..No. No. A year wiser. Yep. That’s better. Not that I’m in the state of denial but I’m trying to implement the art of being an optimist person here..hahaha =P
Woke doke!

Tuesday, December 28, 2010

New post on 'New post'

Baru je hari Isnin lepas ade Annual Grand Meeting 2009/2010 utk Kelab Gamelan. Yana kene jadi pengacara majlis. Tapi yana rasa yana tak perform mengikut standard piawai yg telah ditetapkan. Banyak sangat cacat serta cela yang tidak dpt dielakkan (Mungkin dpt dielakkan sekiranya ada rehearsal). Tidak mengapa..Tidak mengapa..kesilapan diperlukan untuk memantapkan lagi bakat yang ada. InsyaAllah klau disuruh lagi next time, yana akan buat yang lebih baik. InsyaAllah.

Selain daripada itu, Yana juga diundi sebagai naib president. Hanya Tuhan saja yang tahu betap janggalnya Yana bile yana kene berdiri kat depan sebagai pengacara majlis dan juga sebagai naib pengerusi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya yana malam tu apabila dinominatekan. Secara jujur, yana tidak mengharapkan apa-apa jawatan kerana ada beberapa calon lain yang yana rasa lagi layak utk jawantan yana sekarang. Yana harap, tiada yang akan cop yana sebagai seorang yg gila kuasa atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Yana sedar dan yana memang tahu ada yang tidak suka dan ada juga yang membantah apabila nama yana diumumkan. Yana minta maaf kerana yana tidak mampu untuk memenangi hati semua pihak. Bagi yana, jawatan-jawatan rasmi yang baru pada malam itu hanyalah kerana tuntutan prosedur. Tiada diskriminasi. Tiada juga dominisasi oleh golongan tertentu. Pandangan,idea dan komitmen amat diperlukan dari semua ahli..bukan dari ahli-ahli yang punya jawatan sahaja. Simpan kemas di minda mengenai prinsip kekeluargaan apabila berhadapan dengan situasi begini. ...

^_^

la personne

My Photo
Klang, Selangor, Malaysia
-Future lawyer -Future wife -Future bonda